Monday, August 2, 2010

NOVEL NUR KIAN MENDAPAT TEMPAT DI HATI PEMBACA




MULAI Januari 2010, ALAF 21 telah mengorak langkah ke depan dengan menerbitkan jenama terbaru iaitu novel Islamik yang dikenali sebagai NOVEL NUR. Kelahiran novel ini sebagai menyahut hasrat dan impian pembaca yang mahu lebih banyak novel seperti ini dipasarkan untuk bacaan ramai tanpa mengira usia.


Kini sudah ENAM novel Nur yang diterbitkan. Antaranya Setenang Cahaya Hati, Sesuci Kasih Bonda, Kasih ke Syurga, Mencari Naurah, Redha Takdir-MU dan Lembayung Kasih-MU. Sambutan yang diterima daripada para pembaca sangat menggalakkan.

Setiap komen dan kritikan, kami terima dengan hati terbuka. Hasrat kami, setiap novel akan sentiasa diperbaiki sama ada dari segi konsep kulit depan, warna-warna yang digunakan, isi cerita dan layout.

Sesuai dengan namanya NUR yang bererti CAHAYA, setiap novel akan diterapkan dengan nilai-nilai murni tentang kehidupan insan dalam lingkungan kita. Alaf 21 sentiasa memantau setiap aspek cerita yang bakal diterbitkan agar ia kekal dengan konsep penerbitannya iaitu sinaran ketakwaan dan keimanan untuk pembaca semua.

Penerimaan manuskrip untuk novel NUR juga semakin bertambah. Menurut mereka, ruang ini merupakan satu platform bagi mereka yang ingin menghasilkan penulisan kreatif yang cenderung ke arah islamik. Bagaimanapun kami perlu menapis hanya manuskrip yang
benar-benar sesuai saja yang akan dipilih untuk diterbitkan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang penulis novel NUR, hantar manuskrip anda ke Alaf 21. Sebarang kemusykilan boleh di-emelkan kepada kami.





1 comment:

  1. nVel kLuaran aLaF 21 mmG mnarik hTii pGgmaR2 noVel sPt sye...
    sYe tLah pOn mmbce 2 bUah nVel Nur iNi iaitu rEdha takdir-Mu dan Terucap Syahadah....nOvel ini dPt mmbrikn pngjrn dan ksan positif pd pmbce..T/Kasih uTk alaf 21

    ReplyDelete